Thursday, December 2, 2010

Sijil penghargaan dari anak kembar "triplets" kelas 4A

Kristy, Kathy and Kelly menunjukkan penghargaan mereka kepada Cikgu Albert Peh, iaitu guru Physics. Cara mereka adalah begitu bermakna dan unik sekali. Mereka membuat satu sijil.

Tuesday, November 16, 2010

Pelajar SMK Ayer Keroh dalam "top ten"

Program cabaran angkasawan sempena karnival inovatif telah dilangsungkan pada hari Ahad yang lalu. Pelajar perempuan kita telah berjaya memenangi beberapa peringkat sehingga ke 10 pemenang yang terbaik.Tahniah.

Wednesday, October 6, 2010

Pembelajaran aktif dalam kelas

Pembelajaran Fizik boleh dijadikan menarik sekiranya pelajar-pelajar diberikan peluang membina satu alat dalam kelas. Sekumpulan pelajar 4A diminta membina satu teleskop dengan menggunakan satu botol plastik, satu kanta nipis dan satu kanta tebal.

Tuesday, July 6, 2010

Kaedah konstruktivisim dalam pembelajaran sains

Guru Sains Mr Albert menggunakan kaedah konstruktivitism membantu pelajar-pelajar membina konsep "series circuit" dan "parallel circuit" dalam pembelajarannya. Ia juga digabungkan dengan unsur pertandingan untuk merangsang pelajar-pelajar belajar.



Minggu Sains dan Matematik 2010

Minggu Sains dan Matematik tahun ini telah diadakan minggu yang lalu. Beberapa aktiviti seperti pameran, mencari harta karun, kuiz sains dan matematik dan sebagainya dijalankan dengan harapan minat pelajar-pelajar terhadap sains dan matematik meningkat .